PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 19 June 2017 sehingga 03 November 2017 bagi sesi Disember 2017
Saya SYED SOBREE BIN SYED ROSLAN (21ENS14F2017) Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) telah menyelesaikan program Latihan Industri di Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada di Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor ini.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor terutama kepada En.Zulhilmi Bin Che Azizan selaku Pegawai Teknologi Maklumat kerana sudi menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan Mohd Hafiz Bin Abdul Syukor selaku supervisor saya serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai rakan sekerja dan banyak membantu saya dalam mejayakan program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.
Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu Suntheren Yoganathan yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment