BAB 6 : KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah Latihan Industri merupakan satu proses kaedah yang baik dimana dapat membantu pelajar dari segi kaedah praktikalnya, kerana pelajar dapat perolehi sedikit sebanyak tentang aktiviti serta tugas yang dilaksanakan justeru pelajar dapat mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan ketika menjalani Latihan Industri.

Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.


Dalam tempoh saya menjalani Latihan Industri ini merupakan satu alternatif kepada diri saya untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam diri saya sendiri, disamping dapat memberi manfaat kepada diri saya dari segi memajukan diri dalam melakukan kerja-kerja yang diberikan apabila saya memsuki alam pekerjaan yang sebenar.

  Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya.

No comments:

Post a Comment