BAB 5 : DAPATAN & CADANGAN

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor kerana telah memberi saya peluang untuk menjalani Latihan Industri di sini dengan jayanya. Banyak perkara, pengetahuan dan maklumat yang saya dapat di sini sepanjang Latihan Industri ini berlangsung.

Bagi saya Latihan Industri ini adalah salah satu langkah yang terbaik untuk para pelajar kerana ia akan memberi impak yang berkesan apabila pelajar menempuh ke alam dunia pekerjaan kelak. Latihan Industri ini patut diteruskan sahaja oleh pihak Politeknik kerana dengan cara ini dapat menyiapkan diri pelajar untuk merasai pengalaman sebagai seorang pekerja bawahan dan membantu pelajar untuk merasai alam pekerjaan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

            Pada pemerhatian saya, masih ada kekurangan dan kelebihan yang saya dapat sepanjang Latihan Industri ini dijalankan. Tujuan saya ini tidaklah untuk mengguriskan hati mana-mana pihak tetapi adalah untuk menjayakan lagi program Latihan Industri ini, ianya mungkin akan memberi kesan yang baik kepada pelajar-pelajar praktikal yang akan datang.

Antara senarai saranan dan cadangan saya sepanjang Latihan Industri dijalankan :


1.    Pihak Politeknik perlulah menghubungi pihak syarikat untuk mengetahui perkembangan aktiviti pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri. Dalam hal ini, dapat memberikan kesan yang baik kepada syarikat untuk menerima pelajar Politeknik menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut pada masa akan datang. Mungkin juga penyelia ingin menyampaikan beberapa perkara atau aduan kepada pihak Politeknik sekiranya pelajar ada membuat masalah.

2.    Staf-staf di jabatan ini amat ramah dan mesra. Ianya dapat memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara staf-staf di jabatan ini dengan pelajar-pelajar praktikal. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dan para pelajar.

3.    Pihak jabatan perlu menyediakan jadual tugas kepada para pelajar supaya para pelajar dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang mengikut pada jadual yang telah disediakan. Hal ini, para pelajar tidak akan rasa terasing dengan staf-staf lain dan tidak akan membuang masa begitu sahaja sekiranya pelajar mempunyai banyak masa yang terluang.

4. Pihak politeknik haruslah memaklumkan dengan lebih lanjut tentang proses - proses yang perlu pelajar lakukan sebelum menamatkan latihan industri.


No comments:

Post a Comment