Thursday, 21 September 2017

PIAGAM

Perbendaharaan Negeri Selangor berjanji akan;

  • Mengeluarkan Waran Am dan Waran Peruntukan tidak lewat daripada 31 Disember;
  • Memberi ulasan Perbendaharaan ke atas Kertas Ringkasan MMKN dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kesempurnaan maklumat Kertas-Kertas MMKN berkenaan;
  • Memberi keputusan Pindah Peruntukan Mengurus dan Pembangunan tidak lewat daripada 10 hari daripada tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada kesempurnaan kertas-kertas permohonan;
  • Memberi keputusan ke atas permohonan yang lengkap bagi mendapatkan pengecualian dari peraturan kewangan semasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Mengembalikan Wang Cagaran dan Duti Hiburan tidak lewat 14 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Mengakaunkan penerimaan hasil dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan Penyata Pemungut;
  • Menyiapkan cek dalam tempoh 5 hari bagi baucar yang sempurna;
  • Memproses permohonan pinjaman bagi pertimbangan MMKN / MTES dalam tempoh 4 minggu;
  • Menjawab pertanyaan/pemerhatian Jabatan Audit Negara mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara/Arahan Perbendaharaan;
  • Menguruskan pembayaran gaji bulanan kepada kakitangan Kerajaan Negeri berpandukan kepada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara;
  • Menyiapkan cek ganti dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;
  • Memproses baucar pembayaran bekalan/perkhidmatan/kerja kepada pembekal tidak lewat 6 hari dari tarikh penerimaan invois  dan tuntutan-tuntutan; dan
  • Memproses permohonan pulangan balik hasil yang lengkap dalam tempoh  14 hari.

No comments:

Post a Comment