Latihan industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar atau mahasiswa di setiap organisasi atau Institut Pengajian Tinggi dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja pada masa yang akan datang.
Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma.
Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut :
- Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar di alam pekerjaan.
- sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan industri.
- Meluaskan pengetahuan teknikal pelajar dalam kos yang diambil.
- Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
- Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja industri.
- Dapat memberikan pengalaman yang bernilai dan berharga.
- Melatih para pelajar menangani masalah atau konflik ketika melakukan apa-apa pekerjaan untuk bakal dihapinya pada masa depan di alam pekerjaan.
- Membekalkan pelajar dengan pengetahuan yang diperolehi ketika praktikal dijalankan dan dapat memberikan manfaat kepada mereka ketika memulakan alam pekerjaan.
- Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.
- Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
- Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa latihan industri.
- Memberikan pelajar lebih minat dalam bidang yang diceburi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pendedahan praktikal mereka.
- Memberikan keberanian ketika menghadapi apa-apa konflik yang dihadapi.
- Menyuntik semangat pelajar untuk lebih minat menceburi bidang yang diceburi.
No comments:
Post a Comment