Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor
Pejabat Perbendaharaan Negeri merupakan salah sebuah Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri. Pegawai Kewangan Negeri merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Pejabat ini mempunyai visi Ke Arah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Negeri Selangor Menjelang 2015. Misinya pula adalah Meneraju Tadbir Urus Kewangan Negeri Selangor Melalui Perkhidmatan Yang Efisien Dan Berintegriti. Dasar Kualiti Perbendaharaan Negeri adalah bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kawalan kewangan yang cekap dan berkesan kepada semua pelanggan yang meliputi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan orang awam bagi mencapai kepuasan pelanggan secara berterusan.
Perbendaharaan Negeri Selangor mempunyai kakitangan sebanyak 199 orang. Sebanyak 127 orang adalah jawatan tetap dan 72 orang adalah jawatan kontrak.
Dari Oktober 1995 sehingga Oktober 2012, seramai 11 orang Pegawai Kewangan Negeri Selangor telah mentadbir Perbendaharaan Negeri Selangor ini. Kini Perbendaharaan Negeri Selangor diterajui oleh Y.B. Dato' Noordin Bin Sulaiman. Terdapat 3 sektor utama di Perbendaharaan Negeri Selangor iaitu Sektor Khidmat Pengurusan, Sektor Pengurusan Kewangan dan Sektor Pengurusan Perakaunan.
Perbendaharaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Kod Etika Perbendaharaan Negeri Selangor dengan mengambil sempena sifat-sifat Rasullullah S.A.W iaitu Siddiq (yang benar), Amanah (yang dipercayai), Tabligh (yang menyampaikan) dan Fatonah (yang cerdik).
No comments:
Post a Comment